BTS artis Korea pertama buat konsert dalam Stadium di Amerika

Posted on

BTS akan mengadakan konsert jelajah di Amerika Utara dan Eropah.

KUMPULAN Kpop terkenal iaitu BTS menjadi artis Korea pertama yang diberi peluang untuk mengadakan konsert di sebuah stadium iaitu Citi Field di New York pada 6 Oktober depan.

Koreaboo melaporkan Citi Field boleh memuatkan 41,922 penonton dalam satu-satu masa dan tiket yang bakal dijual bermula 17 Ogos ini dijangka habis.

Sebelum ini, BTS mengumumkan konsert jelajah dunia mereka iaitu Love Yourself 2018 dan selain Amerika Utara, kumpulan itu juga akan mengadakan persembahan di Eropah.

Selain New York, BTS akan mengadakan konsert di Newark dan Chicago menerusi persembahan dua malam di setiap lokasi.

Mereka juga akan menghiburkan peminat di Canada Selain dua persembahan di London dan Berlin selain Amsterdam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *