“Buat baik pun kena kecam” – Alvin Chong

Posted on

 

Alvin Chong tidak menjadikan kritikan dan kecaman di media sosial sebagai senjata bagi melemahkan semangatnya.

PETALING JAYA: Pelakon Alvin Chong tidak menjadikan kritikan dan kecaman di media sosial sebagai senjata yang akan melemahkan semangatnya daripada terus memperbaiki diri sebagai seorang selebriti.

Alvin mengakui dia jarang membaca komen negatif yang ditinggalkan di ruangan komen Instagramnya kerana tidak mahu dirinya diselebungi aura negatif.

“Sebenarnya buat benda baik pun orang kecam… jadi saya tidak terlalu memberi perhatian kepada perkara negatif dan ia tidak pernah melemahkan semangat saya.

“Kebiasaannya saya tak baca pun komen dan jika ada yang melampau sehingga menimbulkan perbalahan saya padam komen itu atau sekat akaunnya,” kata Alvin.

Alvin bergandingan dengan Shuk (Balas).

Alvin ditemui pada majlis pelancaran program I Can See Your Voice Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Pelakon itu bakal bergandingan dengan Shuk (Balas) sebagai hos program itu yang bakal bersiaran 4 Ogos depan, setiap Sabtu, 10 malam di ntv7.

Dalam pada itu, Alvin berkata, dia terbuka dengan kritikan membina peminat terhadap dirinya sebagai hos program itu memandangkan ia adalah kali pertama dia bertindak sebagai pengacara program berbahasa Melayu.

“Saya terbuka kepada kritikan jadi memang banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *