Buka je Instagram ada ‘keke challenge’! Rimas la – Umie Aida

Posted on

Umie harap masyarakat boleh membuat cabaran yang mencabar minda dan fizikal.

CABARAN tarian ‘keke challenge’ yang bermula dari negara Barat kini menjadi ikutan dalam kalangan anak-anak muda, selebriti dan personaliti tempatan.

Baru-baru ini, pengacara Datuk Aznil Nawawi dan pelakon Adam Shahz ada meluahkan pendapat tidak gemar dengan aktiviti yang kini semakin tular di laman sosial.

Terbaru, pelakon Datin Umie Aida juga mempunyai pendapat yang sama dan berharap masyarakat mencuba sesuatu cabaran lain yang boleh mencabar minda dan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak sangat mentaliti cetek” – Adam Shah selar selebriti buat ‘keke challenge’


Umie berharap tiada lagi ‘keke challenge’.

“Tolong jangan ada lagi keke. Buka Instagram semua dengan #kekechallenge hmmm…” Cubalah buat #challenge yang mencabar minda dan fizikal,” tulis Umie menerusi laman Instagramnya.

Umie turut memuat naik video dengan mengatakan dia berasa tidak senang melihat trend tarian yang menggunakan lagu terbaru Drake berjudul In My Feelings.

Pelakon filem Dukun ini juga mencadangkan untuk melakukan cabaran mendaki gunung atau bukit.

“Depa (mereka) dok sibuk dengan #kekechallenge naik rimas me (saya) tengok. Tak nak pula buat #hikingchallenge,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *