Buktikan ‘crown’ itu wajar dimiliki…berat tu dik! – Pesanan Umie untuk Wany Hasrita

Posted on

Umie ucapkan tahniah atas kemenangan Wany Hasrita.

PELAKON Datin Seri Umie Aida berpendapat kejayaan Wany Hasrita merangkul Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH31), baru-baru ini tidak perlu dipertikaikan.

Menurut Umie, sama ada kemenangan tersebut hasil undian peminat atau sebaliknya, ia tidak harus dipersoalkan kerana trofi tersebut sudah pun menjadi milik penyanyi berusia 25 tahun itu.

Bagaimanapun, dia berpandangan gelaran atau anugerah tersebut agak berat untuk dipikul dan Wany kini harus membuktikan dirinya benar-benar layak menerima trofi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau beli undi, baik mereka tidur sahaja” – Wany Hasrita

Umie berkongsi pandangan di InstaStory miliknya.

“Layak atau tak layak, dia sudah menang, atas usaha peminat atau sebaliknya pun tak penting untuk tahu.

Crown (mahkota) bintang paling popular sudah jatuh pada dia. Sekarang tugas dia untuk buktikan crown itu memang wajar miliknya… berat tu dik, buktikan okay. Tahniah!,” katanya.

Pelakon filem Dukun itu berkongsi pandangannya di Instagram pada Isnin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *