Bung Moktar sibuk, tak pernah lupa tanggungjawab – Zizie Ezette

Posted on

Zizie akui dibantu pengasuh untuk jaga anak-anaknya.

PELAKON Zizie Ezette memberitahu suaminya iaitu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Sri Bung Moktar Radin tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami biarpun sibuk sebagai wakil rakyat.

Zizie, 39, memberitahu, Bung mengupah pengasuh untuk membantu dia menjaga anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Ezette Kongsi Wajah, Nama Anak Kembar

“Walaupun DSBM (Datuk Sri Bung Moktar) selalu sibuk tapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah memudahkan tanggungjawab saya dengan mengupah pengasuh bayi. Saya tidak hebat tanpa mereka,” ujar Zizie.

Zizie bersama anak-anaknya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan secara rawak di Instagram berkaitan cara menjaga anak-anaknya dengan suami yang selalu sibuk.

Zizie berkahwin dengan Bung Moktar, 58, pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017.

Dia turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *