Caprice pula ‘sekolahkan’ PU Amin insiden Tsunami di Indonesia

Posted on

Caprice tidak bersetuju dengan kenyataan PU Amin mengenai bencana alam yang terjadi di Indonesia.

PENYANYI rap Caprice tidak bersetuju dengan hantaran status di Twitter Pencetus Ummah (PU) Amin mengenai bencana alam yang berlaku di Indonesia.

Caprice, 30, berkata status tersebut telah mengundang andaian daripada netizen yang mengatakan bencana Tsunami yang meragut banyak nyawa di Kota Palu, Sulawesi itu kerena terdapatnya komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurutnya, kita sepatutnya menghormati sensitiviti ahli keluarga yang telah kehilangan orang yang tersayang.

“Salam PU, maaf Caprice nak tegur secara buka. Tapi tweet umum anda tentang peristiwa tragis di Indonesia benar-benar tidak dipedulikan dan amat menyedihkan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 200 gempa susulan terus gegarkan Sulawesi Tengah

ARTIKEL BERKAITAN: “Haram is haram bro!” – PU Amin mengaku paling galak tegur budaya songsang


Caprice memuat naik paparan skrin status PU Amin di laman Instagramnya.

“Kita kena hormat juga sensitiviti pada keluarga yang kehilangan orang yang mereka sayang.

“Sebab tweet ni, kalau PU baca komen kat IG/FB, ada netizen yang pandai-pandai tambah cakap kawasan ini memang ada ‘pesta LGBT’ dan sebab tu la kena Tsunami.

“Macam mana kalau mereka salah?” soalnya menerusi laman Instagram.

Sebelum ini, PU Amin memuat naik status mengatakan ulama di Indonesia bersepakat bahawa malapetaka besar yang berlaku di Lombok dan Palu disebabkan maksiat yang berleluasa.

Menerusi status tersebut, pendakwah muda itu berkata Allah telah menurunkan laknat agar manusia beringat selepas nasihat diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *