Chan (A.C.E.) terlibat dalam kemalangan jalan raya

Posted on

Chan (A.C.E.) terlibat dalam kemalangan jalan raya namun tidak mengalami kecederaan serius.

ANGGOTA kumpulan A.C.E, Chan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin lalu.

Soompi melaporkan kereta yang dinaiki Chan tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan sebelum terbabas.

Syarikat pengurusannya, Beat Interactive dalam kenyataan memberitahu ketika kejadian Chan duduk di kerusi penumpang bahagian depan kereta dan mengalami kecederaan pada lutut dan dahinya.

“Chan duduk bersebelahan dengan pemandu dan ketika kejadian kereta dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan.

“Mujur tiada insiden tidak diingini berlaku dan Chan hanya mengalami kecederaan ringan pada lutut dan dahinya sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *