“Dah 50 tahun, tak boleh terlalu lincah” – Mus (May)

Posted on

Mus May perlu menjaga kesihatan dan mengawal pemakanan. Foto: SHAARI CHEMAT

VOKALIS kumpulan May, Mus memberitahu tahap kesihatannya semakin baik dan dia mampu kembali aktif sepenuhnya dalam bidang seni.

Bagaimanapun, Mus atau Mustaffa Din, 50, berkata dia masih perlu berjaga-jaga dan tidak boleh terlalu lincah seperti ketika pada usia muda.

“Alhamdulillah, sakit dahulu sudah 100 peratus sembuh, saya dah boleh buat semua kerja cuma tak bolehlah nak lincah sangat macam masa umur 20 tahun dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatan Mus (May) Lemah, Tapi Boleh Bergurau!

ARTIKEL BERKAITAN: Mus (May) Muncul Dalam Konsert Selepas Koma

Mus ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

“Sekarang ni pun umur dan 50 tahun, jadi memang secara tak langsung kena jaga kesihatan dan kawal pemakanan.

“Ingatan saya pun dah semakin okay, tapi kadang-kadang tu bila terlalu banyak benda nak fokus jadi pelupa juga!,” katanya kepada mStar Online.

Pada 3 Julai 2017, Mus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas dan diletakkan dalam keadaan koma selama sembilan hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *