Dah tolong liat nak bayar, Shiha dituduh pakai barang tiruan

Posted on

Shiha terkilan ditipu rakan, beg dituduh tiruan.

PENYANYI Shiha Zikir memberi tempoh seminggu kepada seorang rakannya untuk membayar semula hutang yang pernah dibuat oleh individu itu.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, berkata, individu berkenaan berdiam diri dan menghilang apabila diminta untuk membayar hutang berkenaan.

“Terima kasih kerana menipu dan bawa lari duit saya, hilang tanpa berita. Lepas Shiha bagi pinjam duit, kami selalu jumpa, tak rasa bersalah ke dengan saya? Waktu nak hutang bagi alasan macam-macam.

“Sentuh soal anak bini, saya pun tolong ringankan beban dia. Dah tolong, liat pula nak bayar. Dah liat nak bayar menipu pula,” tulisnya di Instagram pada Khamis.

Tambah Shiha, dia sudah bertemu keluarga individu itu, namun usaha tersebut masih tidak membuahkan hasil.

Shiha memberi amaran kepada seorang rakannya agar membayar hutang minggu ini.

“Kalau semua tak diselesaikan dalam minggu ni dalam masa yang sama masih hilang tanpa berita. Isnin depan saya tak teragak-agak buat laporan polis dan muat naik gambar di media sosial dengan harapan dapatlah cari awak.

“Semalam dah jumpa anak bini pun tak tau dia pegi mana,” ujarnya.

Kesal dituduh pakai jenama tiruan

Dalam posting yang sama, Shiha turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh memakai beg jenama tiruan oleh pemilik akaun Instagram popular yang membongkar jenama asli atau tiruan digayakan selebriti.

Shiha mengakui kecewa apabila hasil titik peluh yang digunakan untuk membeli beg di butik berjenama terkenal itu didakwa sebagai palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *