Dah tolong liat nak bayar, Shiha dituduh pakai barang tiruan

Posted on

“Semalam ada satu IG yang sangat popular pasal chek item asli atau palsu ruangan komen Shiha, lepas salah sorang netizen tag nama akaun tersebut di foto Shiha.

“Rasa sedih jugak la bila hasil titik peluh kita, orang lain cakap kita pakai barang palsu walaupun tak penting pun untuk orang lain tahu,” ujarnya.

Shiha kesal beg digayakan dituduh tiruan.

Shiha berkata, dia menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut bagi menjelaskan pembelian yang dibuat di butik berkenaan.

Bagaimanapun, tambah Shiha, pihak akaun tersebut sudah meminta maaf terhadap kesilapan mereka menilai beg jenama itu dengan tepat.

Selain itu, Shiha memberitahu tindakannya mendedahkan perkara itu agar pengendali akaun tersebut lebih berhati-hati dan tidak menjatuhkan maruah orang lain secara terbuka.

“Saya kecewa kerana saya antara pengikut IG berkenaan dan saya sokong apa yang cuba dilakukan tapi tolong jaga sensitiviti dan aib orang lain,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Shiha Zikir

Mstar