Dalam otak budak 8 tahun Di dapati Lebih 100 telur cacing pita

Posted on

-foto IBT US

Dalam otak budak 8 tahun Di dapati Lebih 100 telur cacing pita

SEKUMPULAN doktor di New Delhi mendapati otak budak perempuan berusia lapan tahun dijangkiti lebih 100 telur cacing pita.

Ibu bapa kanak-kanak itu menghantar anak mereka ke Hospital Fortis selepas dia mengalami sakit kepala yang teruk dan serangan epilepsi selama enam bulan.

Laporan media tempatan menyatakan kanak-kanak itu pada awalya didiagnosis dengan neurocysticercosis.

Imbasan menunjukkan kehadiran lebih daripada 100 cyst di dalam otaknya.

Telur cacing pita itu masuk ke otaknya melalui aliran darah dari perut. Telur-telur itu menyebabkan otaknya bengkak sehingga dia perlu berterusan mengambil steroid sehingga beratnya mencecah 44 pound.

“Imbasan otak menunjukkan lebih dari 100 titik putih, yang terbentuk disebabkan oleh telur cacing pita.

“Jangkitan seperti itu berlaku apabila kita secara tidak sengaja makan makanan yang dipenuhi cacing pita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *