Daniel Craig & Rachel Weisz timang bayi perempuan pertama

Posted on

Daniel dan Rachel teruja menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

ISTERI kepada pelakon Daniel Craig, Rachel Weisz selamat melahirkan bayi perempuan pada Rabu.

Menurut laporan E! News, pasangan itu meluahkan rasa teruja dapat menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Bayi itu merupakan anak kedua buat Rachel yang sudah mempunyai seorang anak lelaki, Harry, 11 hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Manakala Daniel mempunyai dua cahaya mata Ella Craig dan Fiona Loudon.Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu dan berkahwin pada 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *