‘Ddu Du Ddu Du’ nyanyian Sarah Suhairi dapat perhatian Blackpink

Posted on

Sarah Suhairi mula mendapat perhatian.

PENDATANG baharu Sarah Suhairi yang bertanding dalam program Big Stage mengakui terkejut apabila video nyanyiannya lagu Kpop Ddu Du Ddu Du mendapat perhatian penyanyi asal Blackpink.

Persembahan pada minggu lalu menjadi tular dan trending di YouTube sehingga mendapat reaksi masyarakat Korea.

“Saya tidak jangka video itu mendapat reaksi masyarakat Korea dan ramai yang komen dan buat video semata-mata komen video saya menyanyikan lagu Ddu Du Ddu Du minggu lalu.

“Malah, penyanyi asal Blackpink turut mengulang kicau video itu di Twitter milik mereka,” ujarnya kepada mStar Online.

Sarah Suhairi 

Sarah yang ditemui baru-baru ini berkata, dia tidak memahami bahasa Korea tersebut, namun belajar cara menyebut perkataan dengan betul.

Katanya, dia mengambil masa seminggu untuk belajal menghafal lirik lagu tersebut terutama bahagian yang memerlukan dia menyanyi rap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *