Deja Moss tak suci ketika ini, lafaz cerai terpaksa tangguh

Posted on

Penceraian Deja Moss ditangguh lagi. Foto: KEMALIA OTHMAN

AMPANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, menetapkan 24 Oktober depan bagi tarikh lafaz cerai antara penyanyi Deja Moss dan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad.

Hakim Syarie, Noranizan Mohd. Sufian membuat keputusan itu selepas mendengar keseluruhan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga pasangan itu.

“Selepas mendengar laporan JKP kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati JKP gagal mendamaikan rumah tangga pasangan ini. Hasil laporan ini juga berlakunya shiqah termasuk pasangan telah tidak tinggal sebumbung selama setahun,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Deja Moss, suami tak jadi cerai, tunggu 11 Julai depan

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Deja Moss tidak dapat diselamatkan lagi

Pada masa sama, tarikh itu juga ditetapkan apabila Deja selaku defendan berada dalam keadaan tidak suci ketika ini.

Azfendy Azzuddin Ahmad bersama peguam hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Sementara itu, Deja yang ditemui berkata dia reda dengan keputusan tersebut.

“Pada awal-awal dulu memang saya rasa sedih dan kecewa dengan perkara ini tapi sekarang saya sudah terima dan kehidupan perlu diteruskan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *