Demi Lovato kesal tindakannya hampir ragut nyawa

Posted on

Demi bakal jalani rawatan pemulihan.

PENYANYI Demi Lovato menangis apabila dia mengetahui kehidupannya hampir berakhir gara-gara pengambilan dadah secara berlebihan.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat memberitahu Demi terlalu sayangkan kehidupannya.

“Demi menangis bila dia tahu yang dia hampir mati. Dia sangat sayangkan kehidupannya dan mahu hidup.

“Sebab itu dia sanggup menjalani rawatan pemulihan. Demi tidak tahu keadaannya serius sehinggalah keluarganya menjelaskan ketika di hospital.

“Demi tahu dan faham situasinya sebab itu dia ambil keputusan untuk menerima segala pertolongan yang diperlukan,” kata sumber.

Demi ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebih-lebihan di kediamannya di Hollywood Hill pada 24 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *