“Dia dah sedia nak kahwin” – Tajul komen status wanita misteri bersamanya

Posted on

Tajul belum fikir untuk berkahwin kerana ingin menumpukan pada kerjaya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tajul Ariff masih memberi jawapan yang sama mengenai dakwaan kononnya dia sudah berkahwin.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, berkata dia sudah mempunyai kekasih namun belum memikirkan untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya.

“Komen saya masih sama sebab sebelum ini pun saya dah jelaskan semuanya. Status saya sudah berpunya tapi belum berkahwin.

“Buat masa sekarang, belum fikir ke tahap situ lagi. Masih mencari waktu yang sesuai. Saya nak selesaikan kerja dahulu,” kata Tajul kepada mStar Online.

Tajul ditemui ketika sidang media Big Stage di Chamber 3 KL, di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul terlepas cakap, mengaku sudah berkahwin


Tajul mengenali kekasihnya sejak di bangku sekolah rendah.

Kata penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu ini, kekasihnya sudah bersedia untuk berkahwin namun wanita itu memahami kehendaknya yang ingin fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

“Memang dia sudah bersedia tapi saya yang nak tunggu dulu. Alhamdulillah, dia seorang yang memahami dan dia bukan ‘queen control‘,” ujarnya.

Menurut Tajul, dia mengenali wanita itu sejak di bangku sekolah rendah lagi namun mula menjalinkan hubungan cinta selepas tamat persekolahan.

“Sebenarnya saya kenal dia ketika kami sekolah rendah lagi. Tapi dia bersekolah di Kuala Lumpur dan saya pula di Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *