“Dia tak curang, ‘korang’' serang dia kenapa?” – Zara Zya mengaku bermosi ketika kongsi status

Posted on

Zara Zya dan Hafreez Adam bercinta sejak setahun lalu. Foto Instagram @zarazya

STATUS yang dimuat naik pelakon Zara Zya seakan-akan menggambarkan hubungan cintanya dengan Hafreez Adam kononnya berantakan baru-baru ini mengundang perhatian peminat pasangan itu.

Perkongsian Zara itu menimbulkan pelbagai tanda tanya selain ada segelintir pengikutnya terus menyalahkan Hafreez sehinggakan Zara meluahkan rasa kecewa di Instagram.

Menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran peminat, Zara menjelaskan Hafreez tidak berlaku curang di belakangnya seperti mana disangka sesetengah pihak.

Zara menjelaskan mengenai cakap-cakap mengenai hubungannya dengan Hafreez di Instastory.

Malah Zara turut kesal Hafreez menjadi sasaran netizen yang ingin mendapatkan cerita di sebalik luahan kecewanya itu.

“Dia takde orang lain. Dia tak curang. Yang korang (kau orang) serang dia kenapa? Hurmm… Dah saya pula kena pujuk dia,” tulisnya di InstaStory.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya akui “tak patut muat naik status tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya sanggup jadi maskot, ‘prank’ Hafreez Adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *