Doktor terkejut Afieq Shazwan menangis akibat ketumbuhan

Posted on

Afieq menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di punggung kiri pada pagi Sabtu.

PENYANYI dan pelakon Afieq Shazwan terpaksa menangis di hadapan doktor kerana tidak dapat menahan kesakitan akibat ketumbuhan di bahagian kiri punggungnya.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 21, berkata dia sudah menahan sakit selama empat hari sebelum mengambil keputusan untuk bertemu doktor.

“Sebenarnya saya dah rasa sakit sejak Selasa lalu. Tapi saya lawan sakit sebab ingat tak berapa serius sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie ‘terbang’ ke Indonesia… Ini doa Afieq Shazwan!


Afieq memuat naik status memaklumkan dia selamat menjalani pembedahan.

“Tapi kesakitan itu menyebabkan saya dah tak boleh berjalan, tak boleh nak duduk dan buang air besar menyebabkan saya ambil keputusan untuk jumpa doktor juga.

“Saya menangis depan doktor sebab tak tahan sakit sangat dan doktor pun terkejut melihat saya ketika itu,” katanya kepada mStar Online.

Afieq telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu dan selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di punggung kiri pada 8.30 pagi, Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *