Dramatis Nor Amisah Abdullah meninggal dunia

Posted on

Dramatis Nor Amisah Abdullah meninggal dunia pada pagi Ahad.

PETALING JAYA: Dramatis Nor Amisah Abdullah meninggal dunia pada pagi Ahad.

Menurut pengarah Eoon Shuhaini, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya di Jalan Ipoh di sini.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Dukacitanya dimaklumkan bahawa Kak Nurin telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di rumahnya jalan Ipoh.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orangg-orang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham kini dibawa ke Surau Al-Islah Taman Batu Permai, Jalan Ipoh sebelum dikebumikan selepas solat Zohor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *