Eddie Murphy & Paige Butcher bakal timang anak lelaki

Posted on

Eddie dan Paige belum mempunyai nama untuk anak mereka.

PELAKON Eddie Murphy dan pasangannya Paige Butcher bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Menurut laporan E News! Paige, 39, berkongsi berita gembira itu menerusi TMZ ketika dia berada di Los Angeles pada Jumaat.

“Hari ini adalah hari yang baik. Saya akan melahirkan seorang bayi lelaki tidak lama lagi,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan itu belum mempunyai nama untuk bakal bayi mereka yang dijangka lahir pada Disember depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *