Elda Susanti menari ‘manis-manis’ saja

Posted on

Elda Susanti tetap mempertahankan irama dangdut. FOTO: LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut yang pernah popular menerusi lagu Yang Ku Sayang, Elda Susanti mengakui masih ada segelintir masyarakat beranggapan imejnya bertudung tidak sesuai membawa genre lagu tersebut. 

Bagaimana Elda, 35, berkata dia tidak kisah dengan tanggapan orang kerana dia masih tahu menjaga batas-batas dalam setiap persembahannya.

“Masih ada lagi orang yang anggap wanita bertudung tidak sesuai bawa lagu dangdut. Tapi tak semestinya dengan imej sebegini tak boleh nyanyi lagu dangdut.

“Saya sudah lama menyanyikan lagi genre itu. Sepanjang persembahan saya tak pernah bergelek secara keterlaluan. Saya akan lakukan persembahan secara enjoy sahaja.

“Tapi saya masih tahu untuk jaga batas atau had dalam setiap persembahan. Memang ada menari tapi hanya menari manis-manis sahaja,” kata Elda kepada mStar Online.

Elda ditemui ketika sidang media Konsert Voices of Ladies di Kuala Lumpur Tourism Bureau, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Elda teruja apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di satu pentas yang sama dengan penyanyi Ella, Noraniza Idris, Aishah dan penyanyi berasal dari Indonesia, Yuka Kharisma menerusi konsert berkenaan Sabtu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *