Elfira Loy akhirnya mengaku sudah bertunang

Posted on

Hati Elfira sudah dimiliki.

PELAKON Elfira Loy akhirnya mengesahkan dia sudah menjadi tunang orang dalam satu majlis yang berlangsung pada 2 September lalu. Elfira turut berkongsi foto pada hari yang dianggap paling istimewa itu.

“Saya berkongsi kepada anda sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh.

“Apa yang terbuku di hati biarlah tersimpan di dalam hati. Kerana hati sudah dimiliki,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah semoga sampai syurga…,” komen ikhlas Sufian mengenai pertunangan Elfira


Elfira kongsi foto di majlis istimewa.

Pada awal September ini Elfira dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur. Namun tiada pihak mengesahkannya termasuklah ahli keluarga.

Hubungan Elfira, 24, dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.

Dalam pada itu itu Elfira berkata, dia akan berkongsi semua foto berkaitan kehidupan peribadi di Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *