Ernie Zakri marah diri sendiri, kereta baharu beli dan kemik

Posted on

Ernie secara tidak sengaja melanggar tembok sehingga menyebabkan kereta baharunya kemek. Foto: AZLINA BT ABDULLAH.

PENYANYI Ernie Zakri berasa marah terhadap diri sendiri atas kecuaian yang menyebabkan kereta baharunya kemik selepas terlanggar tembok.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, berkata kejadian tersebut berlaku di tempat letak kereta, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Menurut penyanyi lagu Misteri itu, semasa kejadian dia ingin menghadiri sesi latihan program Big Stage.

“Kejadian berlaku di tempat letak kereta di MBSA. Ketika itu, saya datang untuk sesi Big Stage.


Kereta baharu Ernie kemek selepas dia terlanggar tembok.

“Sebelum ini, tak pernah terjadi lagi kemalangan dan ini adalah kali pertama. Memang agak marah juga pada diri sendiri.

“Sebab kereta itu merupakan kereta baharu saya,” kata Ernie kepada mStar Online yang enggan berkongsi jenama kereta itu.

Ernie turut memuat naik foto keadaan kereta yang sudah kemik di laman sosial dan mendapat perhatian netizen.

Tambah Ernie, kemalangan tersebut berlaku secara tidak sengaja disebabkan dia tidak nampak tembok tersebut sudah pecah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *