Faezah Elai tak bermaksud hina peminat Fazura gemuk

Posted on

Fazura (kiri) memuat naik status ditujukan kepada Faezah Elai.

TINDAKAN pelakon Faezah Elai menegur bentuk badan seorang peminat yang mewakili Fazura bagi menerima trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela 2018, Sabtu lalu mendapat perhatian aktres berkenaan.

Fazura yang tidak hadir dalam anuegrah itu turut berkongsi video di Instagram ketika namanya diumumkan yang turut terkesan dengan teguran Faezah selain menganggap setiap manusia mempunyai kencantikan tersendiri.

“Kepada wanita-wanita di luar sana, tidak kira sama ada anda kurus, lemak, pendek, tinggi, putih, hitam, Melayu, Cina, seorang Buddha, seorang Kristian, mempunyai rambut kerinting, mempunyai enam jari dalam satu tangan, mempunyai leher panjang atau apa sahaja, ingatlah bahawa anda cantik dalam lebih dari satu cara seperti yang pada asalnya Allah mahukan.

“Anda hadiah kepada mereka yang mencintai anda. Tidak kira bagaimana penampilan fizikal anda, anda istimewa dengan cara anda sendiri,” ujarnya.

Iejam yang mewakili Fazura menerima anugerah.

Pada majlis berkenaan Faezah Elai dikatakan bergurau dengan menyentuh keadaan fizikal peminat pelakon tersebut selepas menerima trofi dimenangi Fazura.

Ketika peminat yang badannya agak besar itu berjalan turun dari pentas, Faezah berkata, “Fazura bila anak lima orang” yang seorang-olah difahami seperti merujuk kepada fizikal seseorang wanita akan bertambah berat badan selepas ada anak.

Fazura yang memenangi kategori anugerah popular menerusi drama Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah itu turut menasihati peminatnya agar tidak terkesan dengan pemikiran kecil seseorang.

“Teruskan kuat dan yakin serta maafkan mereka yang tidak berpuas hati dengan kehidupan sendiri. Kita harus raikan kepelbagaian, berbuat baik dan menyokong satu sama lain,” ujarnya.

Pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin membuat kejutan apabila membolot kesemua trofi menerusi kategori popular Anugerah Telenovela 2018 yang diadakan di Plenary Hall Convention Centre (KLCC) pada malam Sabtu.

Faezah Elai dan suaminya Heykal Hanifah

Dua drama lakonan pasangan suami-isteri itu, Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah masing-masing membawa pulang trofi menerusi kategori Novel Popular dan Telefilem Popular.

Mereka juga menyapu bersih anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telefilem Popular dan Pelakon Wanita Telefilem Popular.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *