Farid Kamil serah sijil cuti sakit, tiada waran tangkap dikeluarkan

Posted on

PETALING JAYA: Adik kepada Datuk Farid Kamil Zahari hadir ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, mewakili pelakon dan pengarah itu bagi menyerahkan sijil cuti sakit.

Fadzil Zahari ketika dihubungi mStar Online berkata, Farid, 37, masih dalam cuti sakit sehingga 12 September ini selepas menjalani pembedahan lutut di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 27 Ogos lalu.

“Farid masih dalam cuti sakit sehingga 12 September dan cuti itu akan bersambung lebih kurang dua minggu lagi bagi memastikan Farid mendapat rehat secukupnya dan betul-betul sembuh,” katanya.

Sehubungan itu tiada sebarang waran tangkap dikeluarkan terhadap Farid.

Kes itu didengar di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham dan Fadzil hadir ditemani peguam pelakon filem J Revolusi itu.

Sebelum ini, Farid tidak dapat hadir bagi sebutan semula kes lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya kerana menjalani pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN:Farid Kamil tidak hadir ke mahkamah, kes disebut semula 7 Sept

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan perubatan atau sijil cuti sakit dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Firdaous Mohamad Idris kemudian memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Farid Kamil sekiranya laporan perubatan dan sijil cuti sakit gagal dikemukakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *