Fathia Latiff, Emma Maembong, Janna Nick, Aiman Tino antara artis dikesan pakai jenama tiruan

Posted on

Emma Maembong dan Ismail antara yang didakwa menggayakan barangan jenama mewah namun ia adalah dipercayai tiruan.

SEBUAH akaun Instagram mendedahkan beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan ketika menghadiri majlis dan menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial mereka.

Pemerhatian dilakukan pemilik akaun @streetwearbustamy berpandukan beberapa kriteria yang terdapat pada barangan jenama original dan yang digayakan beberapa selebriti tempatan.

Antara selebriti yang didakwa menggayakan barangan tiruan ialah Fathia Latiff, Ismail Izzani, Emma Maembong, Aiman Tino, Zoey Rahman, Janna Nick, Fara Mandoza, Haqiem Rusli dan Ara Johari.

Ia dikesan menerusi gambar yang mereka rakamkan menerusi foto outfit of the day (OOTD).

Akaun dedah artis pakai barang tiruan

Menurut akaun tersebut mengayakan barang-barang tiruan boleh dianggap sebagai menyokong jenayah hak cipta.

“Sebagai selebriti perkara ini tidak seharusnya berlaku. Sila didik diri sendiri tentang menyalahgunakan harta intelektual.

“Menyokong produk palsu adalah tidak beretika dan menyalahgunakan harta intelek. Sila didik diri sendiri, kita tidak mengutuk, tetapi masalah ini menjadi trend dalam masyarakat kita,” menurut status di akaun berkenaan.

Antara moto akaun itu juga ialah ‘barang palsu adalah untuk orang-orang palsu’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *