Fatin Afeefa jalani pembedahan buang apendiks

Posted on

Fatin selamat jalani pembedahan buang apendiks pada Jumaat.

PETALING JAYA: Pelakon Fatin Afeefa selamat menjalani pembedahan membuang apendiks pada Jumaat di sebuah Pusat Perubatan Subang Jaya.

Fatin atau nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata dia juga mengalami jangkitan kuman dalam darah namun keadaannya kini sudah stabil.

“Saya dah selamat menjalani pembedahan buang apendiks pada Jumaat. Dalam masa yang sama, saya mengalami jangkitan kuman dalam darah.

“Tapi alhamdulillah, keadaan saya kini sudah stabil,” kata Fatin ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Menurut Fatin, dia mengalami sakit perut sejak Khamis lalu dan terus dibawa ke kecemasan pada keesokkan harinya untuk jalani pembedahan.

Fatin dikejarkan ke bilik kecemasan pada Jumaat.

“Saya sakit pada Khamis dan esoknya saya ke hospital dan terus ke kecemasan untuk pembedahan.

“Nasib baik saya dapat tahu awal. Kalau tidak, tak tahu la apa jadi,” ujarnya.

Fatin turut memuat naik foto dia selepas menjalani pembedahan tersebut di laman Instagram pada Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *