Fauziah Latiff hanya dimaklumkan kejadian aneh selepas penggambaran

Posted on

Fauziah kongsi pengalaman kru produksi diganggu ketika jalani penggambaran. Foto: SHAARI CHEMAT.

PENYANYI dan pelakon Fauziah Latiff berkongsi pengalaman mengenai kru produksi diganggu ketika menjalani penggambaran telefilem Korban Penunggu Hospital.

Fauziah atau nama sebenarnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 48, berkata dia hanya mengetahui kejadian aneh yang berlaku itu selepas tamat penggambaran.

“Penggambaran telefilem itu berjalan di hospital, bangunan dan rumah lama. Alhamdulillah sepanjang penggambaran saya tak lalui pengalaman aneh atau menakutkan.

“Tapi selepas selesai penggambaran, barulah kru produksi bercerita yang mereka pernah ‘diganggu’.

“Tiba-tiba walkie-talkie yang mereka gunakan itu ada kedengaran orang mengilai,” kata Fauziah kepada mStar Online.


Fauziah tidak lalui pengalaman aneh.

Fauziah ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31(ABPBH31) di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Telefilem yang menampilkan barisan pelakon baharu iaitu Aprena Manrose, Fatin Afeefa, Andi Bernadee dan Jaa Suzuran selesai penggambaran pada awal September lalu.

Dalam pada itu, Fauziah menerima tawaran berlakon semula selepas enam tahun disebabkan ingin mencabar diri membawa watak yang berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *