Fazley tetap simpati Rosmah ditahan

Posted on

Fazley bersimpati dengan penahanan Rosmah dan mendoakan yang terbaik.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mendoakan agar urusan ibu mertuanya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dipermudahkan dan berjalan lancar.

Menurut Fazley, 40, sebagai menantu dia turut bersimpati dengan perkhabaran berita penahanan ke atas isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

“Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau, simpati masih tetap wujud walau apa pun berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah ditahan SPRM

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley, isteri berdoa hati Rosmah terbuka terima mereka

“Moga Allah mempermudahkan segala urusan! Yang salah tetap salah yang benar tetap benar, biarkanlah mahkamah yang memutuskan,” katanya.

Fazley menulis luahan hati tersebut di Instagram pada petang Rabu.

Fazley dan isteri kekal dengan pendirian tersebut.

Ia susulan laporan Rosmah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pengubahan wang haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *