Fenomena 'Munafik 2' pecah rekod RM30 juta

Posted on

Syamsul ucap terima kasih kepada penonton.

FILEM Munafik 2 memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling pantas dengan kutipan RM30 juta dalam tempoh 10 hari tayangan.

Syamsul yang juga pengarah filem berkenaan menerusi Instagram mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menjadikan ia satu fenomena.

“Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia. Alhamdulillah dan terima kasih. Majulah industri filem Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini Munafik 2 mencipta rekod tersendiri apabila mencapai kutipan membanggakan untuk tayangan awal di pawagam pada 29 Ogos lalu.

Barisan pelakon Munafik 2.

Ia menjadikan filem tempatan yang menerima kutipan tertinggi untuk tayangan awal iaitu sebanyak RM2.05 juta.

Menurut Penerbit Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam, kutipan tersebut merangkumi tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *