Filem-filem ‘Boxoffice’ dijangka meriahkan FFM30 Disember depan

Posted on

Fauzi Ayub menjangkkan FFM30 akan lebih meriah apabila banyak filem tempatan mencecah kutipan 'boxoffice'.

AMPANG: Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) yang akan disambut pada 8 Disember depan dijangka lebih meriah dengan penyertaan banyak filem boxoffice.

Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Fauzi Ayob berkata, 2018 menyaksikan satu titiik permulaan kebangkitan filem Melayu apabila kutipannya agak luar biasa.

Katanya, mengejutkan apabila filem Hantu Kak Limah berjaya memperoleh hampir RM40 juta melepasi kutipan tertinggi tahun lalu menerusi Abang Long Fadhil 2 (RM18.1 juta).

“Kita tak sangka HKL mendapat kutipan luar biasa dan ketika ini pula Munafik 2 menunjukkan peninglatan sekali gus ia mengangkat perkembangan industri filem kita,” katanya.

Tengku Khalidah Tengku Bidin berkongsi pandangan dengan Fauzi Ayob

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat anggota jawatankuasa baharu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di pejabatnya di sini, Jumaat.

Turut hadir Presiden WHAM Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan beberapa anggota jawatan kuasa lain.

Tambah Fauzi sehingga Jun lalu, bilangan penonton yang menyaksikan filem tempatan mencatatkan jumlah 31.12 juta orang dan ia terus menunjukan peningaktan bagi suku ketiga tahun ini.

Mengenai pengajuran FFM30 yang sepatutnya diadakan pada September ini Fauzi berkata, ia terpaksa ditunda kepada Disember depan kerana peralihan kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *