Foto dalam kereta Mercedes undang kecaman, Ruhainies tak perlu lelaki kaya

Posted on

Ruhainies tidak pandang harta kekayaan namun keutamaanya adalah personaliti seorang lelaki itu.

PELAKON Ruhainies menegaskan dia bukan seorang perempuan pemalas yang hanya tertarik kepada lelaki kaya seperti yang diperkatakan.

Ruhainies, 26, berkata dia bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya tanpa perlu mendapat kemewahan daripada seorang lelaki.

“Saya bukan jenis perempuan seperti yang diperkatakan netizen itu. Dari awal saya masuk bidang seni ini, saya bekerja keras sendiri mencari rezeki untuk keluarga.

“Selama ini pun hasil kerja saya hanya untuk keluarga sahaja. Saya tak perlu mana-mana lelaki kaya semata-mata untuk hidup dalam kemewahan,” katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sikapnya membuatkan hati saya terbuka…” – Ruhainies


Ruhainies berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang dimahukan.

Ruhainies diminta mengulas mengenai komen netizen yang melabelkannya sebagai pemalas dan hanya tertarik dengan lelaki kaya.

Ia berikutan tindakan Ruhainies berkongsi foto bersama teman lelaki yang memandu kereta mewah.

Tambah Ruhainies, dia tertarik dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E bukan disebabkan kaya tetapi disebabkan lelaki itu mempunyai personaliti yang baik.

“Kaya itu satu bonus tapi bukanlah saya mahukan seseorang itu hanya disebabkan dia kaya ada duit sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *