Gummy & Jo Jung Suk umum sudah berkahwin

Posted on

Gummy dan Jo Jung Suk merakam foto perkahwinan di Pulau Jeju pada Julai lalu.

PENYANYI Gummy dan pelakon Jo Jung Suk mengumumkan mereka sudah melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan Gummy iaitu C-Jes Entertainment telah mengesahkan berita tersebut pada Isnin.

“Pasangan itu telah berikrar untuk saling menghormati dan menjaga satu sama lain sepanjang hidup susah senang bersama.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan peminat-peminat yang sentiasa menyokong mereka,” kata wakil agensi.

Gummy dan Jo Jung Suk bertemu pada 2013 secara kebetulan dan menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *