Gurau senda Pak Ngah kekal dalam ingatan Siti Nurhaliza

Posted on

PENYANYI terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menzahirkan rasa sedih dan terkesan dengan berita kehilangan komposer irama Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah.

Siti, 39, berkata, komposer berkenaan banyak membantu beliau dalam perjalanan awal kerjayanya sebagai penyanyi.

“Saya berasa sedih terkesan dengan kehilangan Pak Ngah kerana sudah anggap Pak Ngah sebagai keluarga sendiri.

“Kenangan serta gurau senda Pak Ngah akan kekal dalam ingatan. Dia antara insan yang mula-mula jaga saya dan mahu bekerjasama dalam menyanyikan lagu-lagu tradisional,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak Ngah Suhaimi meninggal dunia, rebah di Batam


Komposer lagu Cindai ini meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Berita itu disahkan oleh ahli keluarga Allahyarham yang minta tidak disiarkan namanya.

Komposer yang berusia 60 tahun itu dikatakan rebah secara tiba-tiba. Dia bersama isterinya, Datin Sharifah Muhani dan seorang anak mereka pergi ke Batam atas urusan kerja.

Sementara itu, Siti juga menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, kata Siti karya-karya Pak Ngah akan terus terus hidup biarpun beliau sudah tiada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *