Hadiah istimewa Janet sempena ulang tahun ke-60 Michael Jackson

Posted on

Janet rakam video muzik istimewa untuk Michael Jackson. Foto: Reuters

ULANG TAHUN kelahiran mendiang Michael Jackson ke-60 disambut meriah oleh ahli keluarganya.

Menurut laporan portal CNN, majlis tersebut dianjurkan oleh adiknya iaitu Janet Jackson serta dua anak Michael iaitu Prince dan Paris Jackson.

Michael Jackson dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Indiana, Amerika Syarikat dan menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun 2009.

Dalam upacara sambutan hari lahir tersebut, Janet mempersembahkan sebuah klip video berjudul Made For Now sebagai penghormatan terhadap abangnya.

Klip video tersebut merupakan rakaman semula adegan Michael dalam video muzik Remember The Time yang dilancarkan pada tahun 1991.

Ketika itu, Michael menari menghiburkan Raja dan Ratu Mesir yang dilakonkan oleh Eddie Murphy serta Iman, namun kali watak itu dibawakan oleh Janet dan pelawak Kwaylon Roger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *