Hafiz Suip tak boleh keluar, hanya berada dalam hotel akibat taufan

Posted on

Hafiz berdepan detik mencemaskan ketika percutian di Jepun. Foto Instagram @hafizsuip

PENYANYI Hafiz Suip yang sedang bercuti di Jepun berkongsi detik mencemaskan ketika berdepan bencana taufan di negara itu.

Menurut Hafiz, amaran Taufan Trami menyebabkan mereka dikehendaki berada di dalam bangunan dan hanya mengetahui mengenai perkembangan terkini menerusi liputan berita di televisyen.

“Hari ni berita di Okinawa, Selatan Jepun telah dilanda Taufan Trami dan baru tadi kami diberitahu semua orang diarah untuk duduk di dalam bangunan sahaja.

“Alhamdulillah kami dah sampai di bilik hotel dan menanti berita dalam televisyen (TV) sebab tadi kita orang masuk TV Jepun, hahahaha… walaupun sepatah tak paham janji dapat tengok diri dalam TV Jepun.

“Ya Allah permudahkan lah urusan kami!,” tulisnya.

Hafiz berkongsi mengenai bencana alam tersebut di Instagram.

Penyanyi lagu Awan Nano ini berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Difahamkan, Hafiz berada di negara matahari terbit itu bersama dengan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *