Hairul Azreen terus bawa watak aksi dalam ‘Polis Evo 2’, ‘Operasi X’

Posted on

Filem Paskal yang dibintangii Hairul ternyata mendapat sambutan hangat sejak ditayangkan minggu lalu. FOTO: Instagram Hairul Azreen

PELAKON Hairul Azreen tidak serik untuk berlakon dalam filem aksi selepas kejayaannya menerusi Paskal The Movie  mendapat respons positif daripada penonton filem berkenaan.

Malah katanya, dia bakal tampil dengan dua lagi filem bergenre aksi iaitu Polis Evo 2 dan Operasi X tidak lama lagi.

“Saya masuk bidang lakonan pun disebabkan cerita aksi dan pertarungan dan filem ini membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini.

“Bila saya kata saya juara Fear Factor, saya pelakon aksi ngeri, orang persoal tapi filem Paskal seolah-olah membuka mata mereka bahawa saya betul-betul minat filem begini,” katanya kepada mStar Online.

Dia ditemui sewaktu sesi tayangan amal filem itu bersama 45 penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Raudhatul Nurr Jannah anjuran Kementrian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di E-Curve pada Selasa.

Barisan pelakon Paskal bersama 45 anak yatim pada tayangan amal anjuran Kementerian Perdagangan dan Industri pada Selasa.

Menurut suami kepada pelakon Hanis Zalikha ini, dia sama sekali tidak menyangka filem tersebut akan mengaut keuntungan sehingga mencecah RM7.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Pada masa yang sama, dia menyifatkan kejayaan filem itu seperti pencapaian terbesarnya dalam kerjaya lakonannya setakat ini.

“Saya tidak meletakkan apa-apa harapan, saya cuma buat yang terbaik sahaja dari awal sampai akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *