“Hancur sudah harapan…” – Aliff Syukri reda Ferrari terbakar

Posted on

Aliff Syukri reda dengan kejadian kereta mewah jenis Ferrari miliknya terbakar pada Khamis lalu.

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu reda dan pasrah dengan kejadian kereta mewah jenis Ferrari miliknya yang hangus dijilat api pada petang Khamis lalu.

Enggan membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 30, memberitahu dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan berhubung punca sebenar kenderaan itu terbakar.

“Hancur sudah harapan… Tak sampai 10 minit dah tinggal abu.

“Biarlah polis buat siasatan, aku reda dan pasrah. Kuatkan semangat saya ya sahabat Instagram dan Facebook,” tulisnya di Instagram.

Kereta Ferrari model 458 Italia itu dianggarkan berharga RM1.8 juta.

Perkongsian Aliff di Instagram berhubung Ferrari miliknya yang terbakar pada Khamis lalu.

Kejadian berlaku di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway di sini.

Pihak polis dalam satu kenyataan memberitahu ketika kejadian kenderaan mewah itu dipandu seorang lelaki warga Australia yang menyedari kebakaran bermula di bahagian ekzos sebelum memberhentikan kereta itu di lorong kecemasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *