Hans Isaac ingin cuba nasib di Hollywood macam Henry Golding

Posted on

Hans Isaac

PELAKON dan penerbit Datuk Hans Isaac berkata, usia bukan penghalang untuk dia mencari tapak dan memulakan kerjaya di Hollywood.

Hans atau Gerald Hans Isaac, 47, memberitahu, pemikiran masyarakat di sana berbeza berbanding Malaysia yang hanya memberi peluang kepada pelakon-pelakon muda semata-mata.

“Sasaran saya sekarang adalah untuk ke Hollywood. Umur tidak jadi masalah di sana kerana populariti bermula pada usia 40 tahun.

“Saya tidak mahu bertarung dengan pasaran Malaysia yang mana penonton nak tengok pelakon muda,” ujarnya yang pernah berlakon dan dikenali di Thailand dan Filipina.

Dalam pada itu, pelakon dan penerbit filem Lemak Kampung Santan ini juga mengakui berbangga dengan kejayaan Henry Golding yang mencipta nama di Hollywood dengan membintangi filem Crazy Rich Asian.

Hans bakal keluar dengan program realiti Celebrity Car War.

Hans berkata, pelakon tersebut membuat keputusan yang betul apabila mencari tapak di sana sejak usia yang masih muda.

“Tahniah dekat dia (Henry), dia tidak peduli tentang mind set orang Malaysia dan terus cari peluang di sana.

“Apa dia buat tu betul, dia pun tahu pasaran di Malaysia ini kecik dan dia juga tidak boleh berbahasa Melayu,” ujarnya kepada mStar Online.

Hans ditemui pada sidang media pelancaran program realiti Celebrity Car Wars yang diterbitkan saluran History Asia.

Program yang turut dibarisi selebriti di seluruh asia seperti Munah Bagharib (pelakon & pelawak Singapura), Diego Loyzaga dan Xian Lim iaitu pelakon dan penyanyi dari Filipina serta Matthew Deane dan isterinya Lydia Sarunrat dari pelakon dan personaliti media sosial dari Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *