Hanseul (MYTEEN) minta maaf tunjuk jari hantu

Posted on

Hanseul minta maaf tidak sengaja tunjuk jari tengah.

BARU-baru ini anggota kumpulan MYTEEN iaitu Hanseul dikecam apabila foto dia menunjukkan jari tengah atau jari hantu yang dirakam pada Ogos tahun lalu tular di laman sosial.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan MYTEEN, The Music Works mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan Hanseul secara tidak sengaja bertindak sebegitu.

Malah, pihak mereka juga memohon maaf atas segala masalah yang berlaku dan berjanji tidak akan membiarkan perkara sebegitu berlaku lagi.

“Kami mengesahkan foto Hanseul itu diambil secara tidak sengaja pada Ogos tahun lalu. Dia cuba pelbagai pose dengan menggunakan jarinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *