Harga 'IG Review' Kylie Jenner RM4 juta

Posted on

Kylie Jenner mempunyai nilai kekayaan AS$900 juta.

USAHAWAN dan bintang realiti Kylie Jenner dilaporkan menerima bayaran sebanyak AS$1 juta (RM4 juta) untuk setiap perkongsian berbayar (IG Review) di Instagram miliknya.

Pendapatan lumayan itu menjadikan Kylie, 20, berada di tangga pertama untuk selebriti yang menerima bayaran tertinggi di Instagram.

E! Online melaporkan Kylie turut mengalahkan kakaknya sendiri, Kim Kardashian dan Selena Gomez untuk mendapat gelaran itu.

Untuk rekod, Kylie mempunyai 111 juta pengikut di laman sosial itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *