Hati remuk… mahu pelaku diberi hukuman setimpal – Kaka Azraff

Posted on

Kaka Azraff berasa marah terhadap isu penganiayaan kucing yang berlaku baru-baru ini.

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya seekor kucing sehingga mati di sebuah kedai dobi, baru-baru ini.

Kaka, 29, berkata sebagai pencinta haiwan hatinya remuk apabila membaca berita tersebut dan mahu dua pelaku itu diberikan hukuman setimpal.

“Sejujurnya, saya tak sanggup nak tengok video yang tular itu kerana rasa kasihan dan geram dengan pelaku itu.

“Mereka seolah-olah hilang sifat perikemanusiaan dan melakukan penyiksaan kepada haiwan yang tak ada salah.

“Saya harap mereka diberikan hukuman setimpal dan jadi pengajaran kepada kita semua,” katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua rakan didakwa bunuh kucing

Kaka ditemui semasa majlis pelancaran lagu runut bunyi (OST) untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 di RedBox Plus, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup memaparkan tindakan kejam dua individu yang membunuh seekor kucing bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah pusat dobi layan diri di Taman Gombak, Selangor.

Kaka Azraff tampil dengan single terbaharu Shout It Out.

Sehubungan itu dua rakan serumah iaitu pemandu teksi, A Mohanraj, 41, dan juruteknik elektrik, S.S Satthiya, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Khamis kerana perbuatan itu. Seorang lagi rakan mereka masih bebas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *