Haziq Hot FM terkejar-kejar isteri bersalin awal seminggu

Posted on

Haziq berdepan cabaran ketika kelahiran bayi keduanya Jumaat lalu. Foto: ART CHEN / The Star

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq berkata dia berdepan cabaran apabila isterinya iaitu Ayunda Putri, 26, melahirkan anak kedua mereka seminggu lebih awal daripada jangkaan doktor.

Menurut Haziq, 28, Putri dijangka melahirkan bayi mereka pada 7 September depan, namun doktor menyarankan pembedahan dilakukan pada Khamis lalu.

“Ikutkan bayi kami lahir 7 September tapi nampaknya dia tak sabar nak keluar awal, semasa itu kami ke hospital untuk buat pemeriksaan terakhir tapi doktor sarankan pembedahan dibuat segera atas faktor kesihatan.

“Jadi terkejar-kejarlah saya, sebab masih bekerja dan dalam masa sama perlu ke hospital serta uruskan anak pertama di rumah.

Cahaya mata kedua Haziq dilahirkan awal daripada jangkaan.

“Ahamdulillah semuanya dipermudahkan dan syukur ibu dan bayi selamat. Memang penat tapi saya seronok melalui pengalaman ini!,” katanya kepada mStar Online.

Putri melahirkan bayi perempuan secara pembedahan dengan berat 2.85 kilogram pada pukul 5.30 petang.

Sementara itu, Haziq berkata bayinya itu masih belum mempunyai nama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *