"Henti spekulasi, ada hati perlu dijaga" – Ruhainies

Posted on

Ruhainies mendedahkan dia kini sedang mengenali rapat dengan seseorang.

PELAKON Ruhainies meminta netizen berhenti membuat spekulasi mengenai hubungan dia dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Safawi Rashid.

Ruhainies, 26, berkata dia tidak mahu disebabkan gosip tidak benar, persahabatannya dengan Safawi bertukar menjadi musuh.

“Biar pi la dia nak bercinta dengan siapa pun. Dia pun ada perasaan juga. Bagi la peluang. Hampa duk marah dia pasaipa (kenapa).

“Sudah-sudah la tu buat spekulasi. Janganlah sebabkan benda macam ni kejap lagi persahabatan pun kemana. Jadi musuh ke apa ke.

ARTIKEL BERKAITAN: “Betul Safawi bagi bunga tapi…” – Ruhainies


Ruhainies memuat naik status bagi menjelaskan situasi sebenar.

“Kesianlah dekat dia dengan kekasih dia. Nanti depa (mereka) tertekan. Cuba bagi ruang. Biar la nak berkawan dengan siapa pun,” kata Ruhainies.

Ruhainies menjelaskan perkara itu menerusi laman Twitter selepas netizen membuat andaian dia cemburu melihat Safawi memuat naik foto bersama kekasihnya di laman sosial.

Tambah pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu, dia sudah berulang-kali menjelaskan status hubungannya itu sekadar kawan sahaja.

Namun segelintir netizen yang menjadi batu api sehingga menyebabkan perkara tersebut semakin keruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *