Hetty Sarlene dah puas ‘hilang’, suami dorong sertai Gegar Vaganza 5

Posted on

Hetty Sarlene bakal berentap menerusi program Gegar Vaganza musim kelima.

PENYANYI yang pernah popular menerusi lagu Sangsi Asmara, Hetty Sarlene menjelaskan kehilangannya daripada radar industri seni sejak beberapa tahun kebelakangan ini bukan kerana merajuk.

Bagaimanapun Hetty mengakui beberapa perkara yang melanda dirinya ketika itu menjadi punca dia mengambil keputusan untuk berehat seketika namun tidak menyangka ia berlanjutan selama beberapa tahun.

“Jujurnya saya tidak merajuk cuma ketika itu macam-macam perkara terjadi jadi saya ambil keputusan untuk berehat seketika dan tak sangka pula terus senyap.

“Pun begitu dalam tempoh itu saya masih aktif menerima undangan persembahan terutamanya di Singapura dan adakalanya ke Malaysia.

Hetty dan suami, Dani Aaqil berkahwin dua tahun lalu.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh itu kehidupan tenang dan bertemu jodoh dengan suami pada 2016,” katanya.

Hetty atau Hetty Sarlene Abdul Hamid, 34, ditemui pada sidang media pengenalan 12 peserta program Gegar Vaganza musim kelima yang diadakan baru-baru ini.

Penyanyi berasal dari Singapura itu berkahwin dengan orang Inggeris, Daniel Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil, 34, pada 23 Julai 2016.

Dalam pada itu, Hetty berkata, Dani adalah antara individu yang banyak memberi sokongan kepadanya agar kembali aktif sebagai penyanyi dan pelakon selain menggalakkannya menerima tawaran menyertai GV5.

Barisan 12 peserta yang bakal berentap bermula 30 September ini.

Kata Hetty, suaminya itu merasakan adalah menjadi satu kerugian sekiranya dia mensia-siakan bakat yang ada padanya dan mahu melihat dia melakukan perkara yang disukainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *