Hubungan cinta Hui dan Soojin sudah berakhir

Posted on

Hui dan Soojin tidak memaklumkan punca sebenar perpisahan mereka.

ANGGOTA kumpulan Pentagon iaitu Hui baru-baru ini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Soojin daripada kumpulan (G)I-DLE.

Menurut laporan Allkpop, wakil agensi mereka, Cube Entertainment mengeluarkan kenyataan selepas berita mengenai hubungan mereka menjadi bualan hangat.

Kata wakil tersebut, mereka sudah bertanya dan mereka mengesahkan hubungan cinta itu sudah berakhir.

“Selepas kami berbincang dengan mereka, kami diberitahu bahawa hubungan mereka sudah pun berakhir,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *