HyunA kecil hati kontraknya bakal ditamatkan

Posted on

HyunA dan E'Dawn mengambil keputusan untuk keluar dari agensi pengurusan mereka.

PENYANYI HyunA berasa kecil hati selepas mendapat tahu mengenai laporan agensi pengurusannya, Cube Entertaiment mahu menamatkan kontraknya tanpa perbincangan.

Menurut laporan Soompi, sumber terdekat berkata agensi itu sukar untuk menyelesaikan konflik menyebabkan mereka seakan-akan sudah membuat keputusan.

“HyunA kecil hati selepas mendapat tahu dari berita melaporkan mengenai Cube mahu menyingkir dia tanpa perbincangan.

“Ahli jawatankuasa tinggi Cube mempunyai pandangan yang berbeza, tapi disebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah dengan HyunA, keadaan itu seperti mereka telah menamatkan kontrak,” kata sumber.

Sebelum ini, berita hiburan Kpop melaporkan Cube Entertainment mahu menamatkan kontrak HyunA dan E’Dawn secara tiba-tiba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *