Ingatkan bergurau, memang betul suami hadiahkan Mila Jirin kereta Mercedes

Posted on

Hadiah kereta mewah pemberian suami bagi menghargai pencapaian dan usaha dalam perniagaan mereka.

BERMULA hanya gurauan, suami kepada penyanyi Mila Jirin iaitu Ahmad Ailis membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz S400.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 30, berkata hadiah tersebut merupakan penghargaan bagi pencapaian dan usaha perniagaan mereka, Bizmilla Catering.

“Hadiah dari mentor a.k.a suami tercinta. Gembira tak terkata! Walaupun pada awalnya saya berfikir Encik Suami hanya bergurau senda dua hari lalu.

“Saya bertanya kenapa hadiahkan saya kereta ni? Jawab Encik Suami, ini adalah kereta idaman saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Jirin tolak hasrat suami berikan Mini Cooper dengan alasan malas memandu


Suami hadiahkan kereta mewah untuk Mila.

“Dan sebagai hadiah untuk pencapaian dan usaha untuk perniagaan kami,” katanya.

Mila memuat naik foto bersama kereta mewah yang bernilai lebih RM500,000 itu menerusi laman Instagramnya.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan menganggap pemberian suaminya itu sesuatu yang romantik.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini turut meluahkan rasa syukur dengan dan berterima kasih kepada suaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *