Insiden rampas mic, Haqiem Rusli minta berhenti cari kesalahannya

Posted on

Haqiem menerima kecaman gara-gara insiden dia merampas mikrofon peserta program realiti.

SEKALI lagi penyanyi Haqiem Rusli menerima kecaman gara-gara dia merampas mikrofon daripada salah seorang peserta program I Can See Your Voice Malaysia yang disiarkan Sabtu lalu.

Insiden tersebut telah mengundang kemarahan netizen yang menganggap tindakan Haqiem itu bersifat kurang ajar.

Bagaimanapun, Haqiem menerusi laman sosialnya menegaskan program tersebut hanya untuk berseronok dan tidak perlu berfikiran negatif.

Malah, penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini memohon agar netizen berhenti mencari kesalahannya.

“Netizen jangan terlalu nak mencetus sangat fasal program itu. Kita nak have fun sahaja.

“Jangan terlalu negatif, jangan terlalu nak cari kesalahan saya. Terima kasih,” kata Haqiem.

Haqiem kini mahu berfikiran positif.

Rata-rata peminat Haqiem turut mempertahankannya dan memberitahu penyanyi itu naik ke pentas program tersebut atas permintaan ramai.

Sebelum ini, Haqiem pernah dikecam hebat disebabkan dia menarik semula keputusan untuk berhenti dari industri yang dianggap gimik untuk lagu terbaharunya.

Menurut penyanyi Tergantung Sepi itu, ada segelintir netizen yang tidak memahami konsep program tersebut.

Namun, dia tidak kisah dikecam kerana sudah lali dengan makian dan kena sentiasa berfikiran positif.

“Itulah mereka yang tidak tahu apa maksud ‘program’. Tapi tak apa, biar mereka kecam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *