Instagram sahkan akaun Mas Khan walaupun hanya 116,000 pengikut

Posted on

Mas Khan mempunyai 116,000 pengikut di Instagram. Foto Instagram @maskhan_

PELAKON Mas Khan berkongsi berita gembira apabila akaun Instagram miliknya mendapat tanda pengesahan (verified badges) walaupun hanya mempunyai 116,000 pengikut di laman sosial itu.

Mas ketika dihubungi memberitahu dia sendiri terkejut apabila mengetahui mendapat tanda pengesahan itu memandangkan dia tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada Instagram.

“Rasa terkejut juga apabila nampak tanda biru pada tepi nama profil di Instagram saya kerana kebiasaannya hanya akaun yang mempunyai jutaan pengikut yang mendapat tanda pengesahan itu.

“Jujurnya saya langsung tidak buat sebarang permohonan bagi melayakkan mendapat tanda tersebut tambahan pula pengikut saya tidaklah begitu banyak berbanding selebriti lain,” katanya yang mula aktif di Instagram sejak 2014.

Mas gembira apabila mendapat tanda pengesahan (verified badges) daripada Instagram.

Dalam pada itu, Mas memberitahu tanda pengesahan diterimanya itu membuktikan jumlah pengikut bukan menjadi ukuran bagi seseorang atau selebriti mendapat pengiktirafan itu.

Sebaliknya kata Mas, ada beberapa tip yang boleh diikuti sekiranya ada selebriti yang berminat untuk mendapatkan tanda pengesahan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *